File PDF document soalan-54.pdf
Tuan Masir Kujat [ Sri A111an ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status permohonan Pemindahan SK Bakong ke tapak baru setelah didapati sekolah yang ada telah uzur dan sering mengalami banjir.
File PDF document soalan-52.pdf
YB Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci mengenai langkah jangka masa panjang untuk memastikan nasib setiap pesakit Lisosomal (Lysosomal Diseases) terbela.
File PDF document soalan-51.pdf
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- : (a) berapakah jumlah sekolah yang telah mendapat kemudahan Frog Virtual Learning Environment VLE; dan (b) setakat mana keberkesanan sistem Frog VLE ini mampu memberikan kesan pembelajaran yang baik kepada pelajar.
File PDF document soalan-50.pdf
DR. MOHO HATTA BIN MD. RAMLI [KUALA KRAI] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar, mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.
File PDF document soalan-49.pdf
YB. DR. KO CHUNG SEN (KAMPAR) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perancangan untuk jalan susur keluar baru dari Lebuh Raya Utara Selatan ke Kampar, termasuk jadual masa dan kos pembinaannya.
File PDF document soalan-48.pdf
File PDF document soalan-47.pdf
YB. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kandungan Sodium Klorida yang diambil dari loji-loji rawatan air di sepanjang Sungai Muar dengan pecahan lokasi sampel diambil, tarikh sampel dari 1hb sehingga 31hb Mac 2014. Nyatakan kaedah-kaedah dan alat-alat yang digunakan dan kadar kekerapan ujian air berkenaan yang dijalankan.
File PDF document soalan-46.pdf
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Teoh Beng Hock.
File PDF document soalan-44&45.pdf
Soalan 44. DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah lawatan Iombongan meninjau industri Pertanian ke Taiwan dan China di bawah kementerian dan jumlah perbelanjaan lawatan-lawatan berkenaan. Bagaimanakah Kementerian mengukur kejayaan hasil lawatan tersebut. Soalan 45. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Pejabat lmigresen di Kampar telah ditutup selepas beroperasi selama tiga tahun dan adakah ini berkait dengan kekurangan peruntukan kewangan dan ketiadaan waran perjawatan bagi pegawai-pegawai yang diperlukan.
File PDF document soalan-43.pdf
Y.B. TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pelan Kerajaan untuk membayar balik hutang (government guaranteed debt) lMDB yang mencecah RM38 bilion. Senaraikan semua nama pengurus dana (fund managers) yang menguruskan dana-dana lMDB di Cayman Island.