File PDF document Soalan 19
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta PERDANA MENTERI menyatakan (a) usaha Kerajaan dalam membuat pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan penguatkuasaan terhadap pengusaha restoran Muslim dan hotel-hotel dalam isu sijil pengesahan halal; dan (b) langkah-langkah untuk mengawal status halal restoran-restoran, kelab-kelab golf dan hotel-hotel yang mempromosikan bufet Ramadhan bagi memastikan penyediaan makanan tersebut benarbenar halal.
File PDF document Soalan 16
Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sikap dan tindakan untuk secara berterusan meningkatkan kualiti guru berinspirasikan daripada petikan, “The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires”.
File PDF document Soalan 15
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan (a) apakah inisiatif berterusan Kementerian dalam membendung gejala samseng yang semakin berleluasa; dan (b) setakat ini, berapakah jumlah samseng mahupun individu yang menyertai pertubuhan kongsi gelap ini telah berjaya di tahan dan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah dari OPS Cantas sehinggalah sekarang.
File PDF document Soalan 15
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menyatakan strategi pihak Kerajaan menangani krisis IS yang semakin mengancam serta sebab mengapa Ahli Parlimen Malaysia tidak diberikan taklimat tetap mengenai perkembangan isu ini supaya dapat menyatukan lebih usaha dalam menyekat pengaruhi IS khasnya di kalangan remaja negara.
File PDF document Soalan 13
YB. Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah pihak Kementerian mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan Ulu Baram sebagai kawasan pelancongan tanah tinggi bagi membantu mempertingkatkan tahap sosioekonomi komuniti Orang Ulu di kawasan ini.
File PDF document Soalan 12
YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keutamaan kerajaan dalam memberikan khidmat kesihatan kepada rakyat di kawasan Parlimen luar bandar dan miskin yang tiada kemudahan hospital seperti Bachok. Apakah faktor yang membolehkan pembinaan Hospital Bachok dipercepatkan.
File PDF document Soalan 11
YB Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah seriusnya perbuatan merokok di kalangan pelajar sekolah menengah sehingga Kementerian terpaksa melaksanakan program intervensi bagi membendung ketagihan nikotin di kalangan mereka.
File PDF document Soalan 10
YB Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini tindakan Kementerian terhadap pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands.
File PDF document Soalan 9
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini berkenaan pelajar-pelajar Malaysia di Yemen dan usaha Kerajaan dalam pelajar-pelajar memastikan ini keselamatan terjamin.
File PDF document Soalan 3
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pihak yang bertanggungjawab berkaitan pembayaran bil utiliti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Terengganu yang dipotong bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Terengganu (SATU) akibat kegagalan menjelaskan bayaran.