-
Soalan 308
-
Laporan Prosiding 1MDB: KPMG (Juruaudit kepada 1Ma|aysia Development Berhad)
-
LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA
Mengenai:
Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Kementerian Kewangan
KPMG (Juruaudit kepada 1Ma|aysia Development Berhad)
PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA
-
Soalan 27
-
Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
(a)
apakah perkembangan terkini program iTalent yang berperanan
untuk menggilap bakat sukan dalam kalangan orang kelainan
upaya yang sejak ia dimulakan pada tahun 2014; dan
(b)
berapakah jumlah atlet yang telah dilahirkan untuk mewakili
negara
-
Soalan 26
-
YB Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan-perancangan yang
sedang dan akan dilaksanakan oleh membasmi kemiskinan di Terengganu.
-
Soalan 25
-
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
membaiki kerosakan struktur rumah di Taman Bayu Damai yang masih
tidak dapat diselesaikan di mana ianya memerlukan peruntukan
tambahan bagi membaik pulih hampir 300 buah rumah yang retak dan
senget serta mengalami masalah perparitan sehingga sukar untuk
dihuni.
-
Soalan 24
-
Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah bilangan pokok-pokok kelapa sawit yang telah ditebang dan berapa telah ditanam semula pada tahun 2013 dan 2014. Nyatakan jumlah tersebut untuk setiap negeri.
-
Soalan 23
-
YB DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
perkembangan cadangan penubuhan Bank Mikro ASEAN bagi membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan mereka
dan bagaimanakah ianya akan memberi impak positif kepada pengusaha tempatan.
-
Soalan 21
-
Datuk Jum at bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambii kepada pihak
“pelampau agama”
yang tindakan mereka boleh mengakibatkan
ketegangan di kalangan rakyat.
-
Soalan 19
-
YB Puan Hajah Normala Binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai ubat-ubatan yang tidak akan dikenakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), berapa peratus daripada senarai ini berbanding jumlah ubat-ubatan yang ada serta apakah langkah yang telah diambil bagi memaklumkan senarai ubatubatan tersebut kepada orang ramai.
-
Soalan 20
-
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia dalam pemenjaraan Presiden Mohamed
Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir, yang digulingkan oleh Rejim El-Sisi pada tahun 2012.