File PDF document soalan-23.pdf
Soalan 23. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan garis panduan serta peraturan yang dikeluarkan pihak Kerajaan dalam memastikan pengambilan pekerja asing oieh majikan dibuat selaras dengan (Strict Liability) bagi memastikan kemasukan mereka tidak mengancam keselamatan negara.
File PDF document soalan-22.pdf
Soalan 22. Datuk Seri Noh bin Haji Omar Tanjong Karang minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah permit teksi individu yang telah dikeluarkan di bawah program Teksi 1 Malaysia dan adakah permohonan baru masih diterima untuk diluluskan memandangkan terdapat aduan yang menyatakan kesukaran untuk memohon permit teksi individu.
File PDF document soalan-21.pdf
Soalan 21. Y.B. DR. TAN SENG GIAW KEPONG minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Iangkah-langkah yang paling berkesan untuk mempertahankan nilai ringgit.
File PDF document soalan-20.pdf
Soalan 20. YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang Sibuti minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini Program Perumahan PR1MA di Sarawak, adakah Projek PR1MA akan dilaksanakan di Sarawak bermula 2016 dan adakah lokasi telah dikenalpasti di kawasan utara Sarawak seperti Bandar Raya Miri.
File PDF document soalan-18.pdf
Soalan 18. Y.B. SERI .TIONG KING SING minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan: berapa jumlah bajet tahunan diperuntukkan kepada pejabat Iuar negara unthIk agensi seperti MIDA sejak tahun 2010 hingga 2015 bagi tujuan?penggalakan perdagangan dan pelaburan terutamanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan; dan apakah piawaian yang digunakan oleh MATRADE dan MIDA untuk menilai jumlah perdagangan atau pelaburan di setiap negara dalam menyediakan laporan tahunan.
File PDF document soalan-17.pdf
Soalan 17. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid Kuala Langat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah- langkah Kerajaan dalam menyelamatkan pekerja yang diberhentikan kerja dalam kegawatan ekonomi sekarang.
File PDF document soalan-16.pdf
Soalan 16. YB TAKIYUDIN BIN HASSAN (KOTA BHARU) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membina sebuah Pangkalan TLDM di Kawasan Eastern Sabah Security Command untuk tujuan keselamtan negara.
File PDF document soalan-15.pdf
Soalan 15. Dato Fauzi Bin Abdul Rahman lndera Mahkota minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah- langkah yang telah dan akan diambil untuk mengawal pencemaran udara (seperti jerebu), pencemaran darat (seperti hampasan kilang Lynas, habuk-habuk ferro dan bauksit dari perlombongan) dan pencemaran sungai serta lautan (seperti hampasan Lynas dan habuk merah bauksit yang terdapat di daerah Kuantan dan persekitarannya.
File PDF document soalan-13&14.pdf
Soalan 13. Dato' Noraini binti Ahmad Parit Sulong] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah khusus Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan baru-baru ini dalam mengukuhkan kedudukan nilai ringgit dan mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap negara dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global masa kini. Soalan 14. Y.B. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM SARATOK minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk menambahkan pembinaan unit rumah bagi Program Perumahan Rakyat di bandar?bandar utama di seluruh negara memandangkan keperluan memiliki rumah sendiri di kalangan rakyat jelata sangat penting ketika ini.
File PDF document soalan-12.pdf
Soalan 12. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERl menyatakan samaada beliau mahu mengurangkan 50% bajet dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi teladan berjimat-cermat dan berkesan dalam ekonomi gawat sekarang, memandangkan Kabinet pada tahun 1957 hanya mempunyai 10 ahli.