Soalan 42. TAN SRI DATO' SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN
RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan
sedar bahawa kadar kemiskinan sebenar Malaysia sekiranya definisi
kemiskinan disemak mengikut penanda aras OECD (The Organisation
for Economic Co-Operation and Development) dan kesatuan Eropah
iaitu pendapatan garis kemiskinan ditakrifkan sebagai 60°/o daripada
pendapatan isi rumah bulanan median. Apakah langkah susulan diambil
oleh Kerajaan mengenai perkara tersebut.
Soalan 43. YB. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN (PENGKALAN CHEPA) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan sedar bahawa Pantai Cahaya Bulan telah
pun diiktiraf sebagai lokasi pelancongan pilihan rakyat
tempatan dan luar negara; dan
(b) bagaimanakah perkembangan rancangan menaik taraf dan
melebarkan jalan raya dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-04 Parliamentary Replies