Soalan 60. Y.B. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [ SIPITANG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan tindakan diambil untuk
membanteras kegiatan penyeludupan yang banyak dilaporkan, sehingga
menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan.
Soalan 61. DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk
menyelesaikan masalah takungan air di tapak landasan dan
hentian pesawat-pesawat- Laparlgan Terbang Kuala Lumpur 2
(KLIA2) yang berkemungkinan membawa bahaya; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik
taraf atau melebarkan laluan pejalan kaki di sepanjang balai
berlepas KLIA2 memandangkan selalu menyebabkan kesesakan
kepada para pengguna dan adakah ia menepati piawaian pihak
Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies