-
soalan-46.pdf
-
TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan
apakah asas kewangan Bank Rakyat meluluskan pinjaman RM30 juta
kepada seorang VIP yang bermasalah sebagaimana didedahkan bekas
Pengerusinya Tan Sri Sabaruddin Chik. Mengapakah YB Menteri yang
bertanggungjawab tidak mengambil tindakan saman malu sekiranya
beliau tidak terlibat sepertimana yang didakwa.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-03 Parliamentary Replies
-
soalan-19.pdf
-
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara
Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25
mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji
pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan
menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna
yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman
perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh
kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-37,38&39.pdf
-
Soalan 37. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT 1 minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan
jumlah pelaburan skim cepat kaya YSLM haram, status siasatan syarikat
CDTUP International Sdn Bhd yang mempunyai hubung kait dengan
YSLM. Mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak
ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan.
Soalan 38. Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani pembiayaan perumahan
yang ketat, kadar faedah yang tinggi, kuantiti pembinaan rendah, kenaikan
harga rumah yang melampau dan kemampuan untuk rakyat memiliki semakin
terhad serta masih berlaku secara meluas di negara ini.
Soalan 39. VB DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA
BATAS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memberikan
penerangan tentang sejauh mana penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan
(Akta 737) setakat ini. Apakah ianya mempunyai kesan positif kepada
industri perubatan di Malaysia.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies