Soalan 21. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan
bantuan kewangan kepada penerima bantuan kebajikan memandangkan
Kerajaan akan melaksanakan GST pada tahun 2015. Jika tiada, apakah
usaha Kementerian untuk membantu mereka.
Soalan 22. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan status berkenaan mendapan yang
kerap berlaku di KLIA 2 dan tahap keselamatan di KLIA 2 susulan
penutupan 9 tempat letak kapal terbang di sebabkan oleh kebocoran
saluran bahan api baru-baru ini.
Soalan 23. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan pencapaian "hits" yang menonton siaran
langsung sidang perbahasan Parlimen Malaysia menerusi Iaman web
RTM iaitu rtmparlimen.gov.my yang diperkenalkan pada tahun 2013 lalu
dan sejauh manakah tontonan ramai bagi rancangan siaran langsung
sidang perbahasan menerusi saluran TV1 bagi tahun 2010, 2011, 2012,
2013 dan sepuluh bulan pertama 2014.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies