Soalan 20. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan berhasrat membentangkan Laporan lengkap
Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa
izin di Sabah yang tempoh tamat siasatannya berakhir pada 21 Mei 2014
yang lalu; dan
(b) adakah Kerajaan merasakan siasatan ini belum lengkap dan
sempurna dan satu tarikh baru diperlukan untuk melanjutkan siasatan.
Soalan 21. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah faktor yang menyebabkan MAS (Malaysia Airlines Systems)
menghentikan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa
Palawan Phillipines-Kota Kinabalu; dan
(b) adakah ianya disebabkan oleh kegagalan promosi MAS bagi laluan
ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies