Soalan 8. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status Kg. Chubadak Tambahan
serta kampung-kampung lain di Wilayah Persekutuan.
Soalan 9. Dato Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan usaha-usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang serta pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air
ekoran kelulusan dan aktiviti perlombongan bijih timah yang luas di Kelian lntan khususnya dalam Parlimen Gerik menyebabkan
kemusnahan secara besar-besaran hidupan dalam sungai utama dalam kawasan tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-03 Parliamentary Replies