Soalan 25. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil
oleh Kementerian Pendidikan untuk ; memperkasakan Sekolah
Kebangsaan agar semua kaum memilih sekolah kebangsaan sebagai
pilihan pertama untuk menghantar anak-anak mereka.
Soalan 26. Y.B. TUAN TAN KOK WAI [ CHERAS ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan kedudukan semasa hal ehwal semua insinerator sedia
ada di negara ini. Adakah cadangan projek-projek insinerator di
Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan
dilaksanakan. Jika ya, nyatakan kemajuannya
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies