Soalan 36. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sebab Kementerian menswastakan bahagian
pengeluaran visa ke Malaysia di negara China. Nyatakan formula
pembahagian kutipan di antara pihak Kerajaan dan agen yang
dilantik untuk pengeluaran visa, dan juga jumlah kutipan pada tahun
2010, 2011 , 2012, 2013 dan setakat Jun 2014.
Soalan 37. VB DATUK WILLIAM@ NYALLAU
ANAK BADAK (LUBOK ANTU) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
menyatakan apa yang sudah terjadi dengan pelaksanaan
pembinaan jalan luar bandar seperti Jalan dari Bara ke
Bukit Tungu I Sayat I Soh dan Seremat, Jalan dari Sayat
ke Ng. Kumpang dan Jalan dari Bukong ke changkul
seperti jawapan Menteri semasa mesyuarat pertama
penggal kedua parlimen ke-13, iaitu Menteri sendiri
berjanji bahawa projek tersebut akan bermula pada
bulan april atau selewat-lewatnya Jun tetapi hingga
sekarang belum lagi nampak berlaku apa-apa pelaksanaannya.
Soalan 38. VB Tuan ldris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah bilangan peserta Program
Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dari
kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tahun 2013.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-06 Parliamentary Replies