Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan
adakah Kementerian sedar bahawa dengan kenaikan harga
'bauxite' iaitu sumber alumina, telah muncul beberapa lombong
sama ada secara halal atau haram yang tidak dikawal selia
dengan baik. lni telah menimbulkan kegelisahan rakyat kerana
lombong-lombong ini adalah 'under-regulated' dan menjadi
ancaman
kesihatan
disebabkan
debu-debunya
dan
mengotorkan jalan raya di laluan pengangkutannya; contoh
lombong-lombong adalah di kawasan Parlimen lndera Mahkota
dan Paya Besar.