Y.B. DATO' FAUZI BIN ABDUL RAHMAN [ INDERA MAHKOTA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa jika
terdapat sebarang penyelewengan di dalam urusan 1MDB, im pak kepada
keyakinan umum terhadap Kerajaan dan negara akan tercabar. Nyatakan
kesediaan Kerajaan untuk mengeluarkan 'Kertas Putih' atau Kerajaan
bersedia menubuhkan Suruhanjaya Di Raja dengan m elantik mana-mana
mantan Menteri Kewangan negara bagi mengetuai Suruhanjaya ini.
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAYA UTARA ]
m inta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jumlah pelaburan
SRC International Sdn. Bhd. dalam Syarikat Gobi Coal & Energy
Limited (GCE) di Mongolia. Apakah peratusan saham yang dipegang
dalam syarikat GCE dan nilai semasa pegangan tersebut yang diambil
kira dalam penyata kewangan SRC International yang terkini.
MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pinjam an yang telah dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada Syarikat SRC International Sdn. Bhd. dan atas perkiraan apakah pinjaman yang begitu besar diberikan oleh KWAP kepada syarikat yang belum ada track rekod perniagaan.