Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah
Kerajaan untuk jangka masa panjang dalam menangani fenomena banjir
besar yang dijangka akan kerap berlaku kerana kesan daripada pemanasan
global dan kerosakan muka bumi oleh tangan - tangan manusia.
YB TUAN TONY PUA KIAM WEE [PETALING JAVA UTARA] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada baki wang sebanyak
US$1.1 bilion yang telah dituntut oleh 1MOB daripada pelaburan di
Cayman Island adalah berbentuk wang tunai atau masih dalam pegangan
aset. Di manakah lokasi wang tunai atau aset ini.