-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors'
pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan
b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa
MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan.
Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh
Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis
panduan bantuan kecemasan ini.
-
soalan-22.pdf
-
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berikutan RM50 juta telah diperuntukkan khas untuk
penambahbaikan dan penyelenggaraan SJKT dalam Bajet 2014.
Berapakah sekolah yang terlibat dan Kementerian adalah diminta
mengeluarkan senarai nama sekolah, peruntukan bagi setiap sekolah,
skop kerja dan status terkini kerja-kerja penambahbaikan dan
penyelenggaraan.
-
soalan-19.pdf
-
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara
Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25
mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji
pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan
menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna
yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman
perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh
kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.
-
soalan-17&18.pdf
-
Soalan 17. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
bahawa sepanjang tahun 2008 hingga 2010 Malaysia telah mencatatkan 152,182
anak luar nikah atau tak sah tarat direkodkan. Apakah kerjasama yang
telah dijalankan oleh pihak Kementerian dalam menangani isu di atas dan
kes pembuangan bayi serta apakah tindakan Kerajaan dalam membendung gejala ini.
Soalan 18. YB. Tuan Nga Kor Ming (Taiping) Minta MENTERI KEMAJUAN
LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah rancangan dan langkah
segera Kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar memandangkan
kebelakangan ini harga komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan sarang
burung walit masing-masing telah mengalami masalah:- kejatuhan harga yang ketara dan ini mendatangkan
kesan kepada ekonomi luar bandar.
-
soalan-16.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh
Kerajaan terhadap skandal penjualan kereta mewah terpakai tanpa duti
import dari Langkawi keluar Langkawi dengan surat pengecualian duti
kastam yang sah. Apakah Kerajaan akan mengecualikan cukai terhadap
mangsa pembeli tersebut memandangkan mereka tertipu oleh surat
Kastam.
-
soalan-14.pdf
-
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
samaada Kementerian bersedia merangka dasar khususnya bagi menangani masalah warga miskin kota dan tidak
berumah I gelandangan, memandangkan masalah tersebut masih belum lagi tersentuh dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara, Dasar Warga
Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara).
-
soalan-15.pdf
-
Y.B. DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA BATAS ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian mengenai
jumlah keseluruhan pencarum KWSP yang mempunyai simpanan lebih
daripada RM500 ribu setakat tahun 2014.
-
soalan-0-intro.pdf
-
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi
meningkatkan kualiti program pendidikan guru khususnya di Universiti
Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan lnstitut-institut Pendidikan Guru
(lPG) agar turut mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa
seperti Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat
di Amerika Syarikat.
Soalan 11. Y.B. TUAN HJ. AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sejak skim perlindungan i-BR1M diperkenalkan kepada penerima BR1 M 3.0 seluruh Malaysia:
a. berapakah jumlah penerima perlindungan i-BR1 M yang telah
diagihkan kepada penerima BR1 M 3.0 yang 'affimpa kematian I
kemalangan sepanjang tempoh perlindungan; dan
b. adakah kerajaan akan meneruskan program perlindungan i-BR1 M ini.
Soalan 12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan penambahbaikan dari
segi persediaan untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh tahun ini
dan mekanisme bagi meminimumkan kesan bencana alam tersebut.
-
soalan-13_jawapan.pdf
-
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian
bagi menghadapi peniaga-peniaga yang ingkar menurunkan harga
barang bila GST dilaksanakan pada bulan April tahun 2015. Apakah
Kementerian telah bersedia menghadapi situasi ini.
-
Soalan 13
-
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian
bagi menghadapi peniaga-peniaga yang ingkar menurunkan harga
barang bila GST dilaksanakan pada bulan April tahun 2015. Apakah
Kementerian telah bersedia menghadapi situasi ini.