File PDF document soalan-39.pdf
YB. TUAN JULIAN TAN KOK PING [ STAMPIN ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keberkesanan SEDA ACT 46 dalam membanteras pencurian kabel di Sarawak setelah ianya diterima pakai di Sarawak pada 2 April 2014.
File PDF document soalan-38.pdf
Dato' Mansor bin Othman minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah bilangan keseluruhan kakitangan yang berkhidmat dengan TEKUN Nasional kini dan berapakah jumlah kos setiap bulan bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen kepada kakitangan TEKUN.
File PDF document soalan-37.pdf
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci berhubung insiden peletakan jawatan pengasas dan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Umcedel) Prof Datuk Redzuan Othman.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian dalam tahanan Polis yang telah berlaku sehingga hari ini. Jelaskan kenapa langkah-langkah yang diambil oleh pihak polis untuk menghalang kematian dalam tahanan polis daripada berlaku adalah tidak berkesan. Soalan 35. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.
File PDF document soalan-36.pdf
Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Peguam Negara sejak bulan Ogos lalu telah membuat keputusan mendakwa secara memilih (selective prosecution) terhadap orang yang didakwa atas Akta Hasutan.
File PDF document soalan-33.pdf
lr. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan: (a) adakah Kementerian ini ada menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kursus yang di tawarkan di IPTA/IPTS bersesuaian dengan kehendak pasaran bagi mengelakkan masalah lambakan graduan yang tidak memenuhi permintaan dan pasaran pekerjaan; dan (b) berapakah jumlah graduan ijazah kelas pertama yang masih belum berjaya mendapat peluang pekerjaan enam bulan dari tempoh konvokesyen.
File PDF document soalan-32.pdf
Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan harta tanah yang dimiliki oleh warga asing dengan pecahan rumah pangsa, rumah kondominium, pangsapurai, ladang , tanah kosong mengikut setiap negeri dari 2005 hingga 2014.
File PDF document soalan-29.pdf
Soalan 29. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan keharmonian antara kaum berikutan lebih 30 kes melibatkan isu sensitif perkauman telah dilaporkan dalam tahun ini. Soalan 30. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah kes pencerobohan 15 individu ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 21 .5.2014 yang memalukan negara tidak didakwa di bawah Seksyen 121 B dan 1248 Kanun Keseksaan agar ia menghantar mesej bahawa sesiapa sahaja tidak boleh sewenang- wenangnya mempermainkan institusi perundangan untuk tujuan politik.
File PDF document soalan-28.pdf
DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan barubaru ini.
File PDF document soalan-26&27.pdf
Soalan 26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran llmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014. Sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah. Soalan 27. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang diambil untuk memastikan tiada warga asing menggunakan dokumen pengenalan palsu, menjadi pengawal keselamatan sedemikian berlaku sebelum ini.