File PDF document soalan-31.pdf
YB. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI (SIPITANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan terkini Projek PanBorneo menghubungkan Sabah dan Sarawak dan apakah masalah dihadapi yang menyebabkan pelaksanaannya dilihat begitu perlahan.
File PDF document soalan-30.pdf
Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau bercadang mengecilkan saiz kabinet bagi membolehkan pentadbiran yang lebih cekap. Jika tidak, sila nyatakan sebab.
File PDF document soalan-29_1439372640.pdf
File PDF document soalan-29.pdf
Y.B. TAN SRI DATo• SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan yang akan diberi oleh Kerajaan bahawa penggunaan dana awam bernilai RM6 bilion dalam Pelan Pemulihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan dibentangkan secara terperinci da:am Parlimen serta akan membuahkan hasil seperti yang dijanjikan menjelang 2017 tanpa perlu suntikan dana baharu dan bukannya .. bailout" yang hanya menguntungkan kroni.
File PDF document soalan-28.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar terhadap universiti- universiti untuk mencapai tahap dunia. Apakah syarat untuk me.ncapai kemajuan ke tahap tersebut.
File PDF document soalan-27.pdf
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALl [ GOMBAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah strategi 1Malaysia Development Berhad ( lMDB) untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).
File PDF document soalan-26.pdf
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab tindakan diambil di bawah Akta Hasutan sungguhpun telah diumumkan ia akan dimansuhkan. Bila ia akan dimansuhkan. Sekiranya tidak, mengapa. Siapa yang didakwa dan tuduhannya sejak 2008 dan mengapakah Presiden Perkasa tidak didakwa kerana mengugut hendak membakar Bible Bahasa Melayu.
File PDF document soalan-25.pdf
VB. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAC (SHAH ALAM) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
File PDF document soalan-23&24.pdf
Soalan 23. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penumpang VIP dalam pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos 2014 untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia serta tujuan penerbangan tersebut dan butiran penerbangan tersebut kos secara terperinci untuk keseluruhan penerbangan tersebut. Soalan 24. TUAN GOOI HSIO-LEUNG [ ALOR SETAR] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status siasatan Kerajaan ke dalam kemalangan MH17, iaitu sama ada pelaku yang menembak jatuh pesawat itu telah dikenal pasti, dan apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku.
File PDF document soalan-22.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadaan yang sebenarnya mengenai kebocoran kertas UPSR. Bagaimana penjenayan ini dapat diatasi.