-
soalan-14.pdf
-
Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
menyatakan perkembangan terkini
tentang pembahagian subsidi-subsidi
padi di Kelantan. Berapa ramaikah
penerima subsidi ini dan berapakah
peruntukan yang dikeluarkan untuk
setiap komponen dalam tahun 2013
dan 2014.
-
soalan-13.pdf
-
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan dapatkah Kementerian mempercepatkan
perlaksanaan mengganti dan menaik taraf SMK Limbang yang sudah
daif dan mempunyai penuntut melebihi seribu orang murid.
-
soalan-12.pdf
-
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan keadaan sains dan kejuruteraan di sekolah menengah dan
Universiti di negara ini. Apakah peruntukan dan hasil.
-
soalan-11.pdf
-
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah terdapat rancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah
Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di Sabah dan Sarawak bagi
menangani masalah keciciran di kalangan pelajar di kawasan luar
bandar.
-
Soalan 10
-
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan -
a) stastik taburan penempatan Orang Asli serta senarai
perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia;
dan
b) jumlah perkampungan Orang Asli di Semenanjung yang
masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik sehingga
September 2014.
-
Soalan 9
-
Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala
Kangsar] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai
kesalahan yang dilakukan oleh Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di
Pulau Pinang mengikut undang-undang pertubuhan.
-
soalan-0-intro.pdf
-
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah bilangan sekolah menengah jenis kebangsaan
persendirian dan bilangan murid/guru di setiap negeri, peruntukan
pembangunan yang disalurkan sepanjang 5 tahun lalu dan perancangan
masa depan Kementerian terhadap sekolah-sekolah tersebut berikutan
peningkatan permintaan kemasukan baru.
-
soalan-57.pdf
-
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapakah bilangan sekolah dan bilangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran "Bible Knowledge" di peringkat SPM pada
tahun 2013 dan bagaimanakah prestasi pencapaiannya.
-
Soalan 56
-
DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM [JULAU] Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pecahan kakitangan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut etnik dan pangkat.
-
soalan-55.pdf
-
Y.B. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (HULU LANGAT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan: -
a. jumlah terkini penerima BRIM yang diberi perlindungan insurans Takaful dan kos yang terlibat; dan
b. apakah jenis insurans Takaful yang diambil serta bagaimana cara membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.