Soalan 17. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
bahawa sepanjang tahun 2008 hingga 2010 Malaysia telah mencatatkan 152,182
anak luar nikah atau tak sah tarat direkodkan. Apakah kerjasama yang
telah dijalankan oleh pihak Kementerian dalam menangani isu di atas dan
kes pembuangan bayi serta apakah tindakan Kerajaan dalam membendung gejala ini.
Soalan 18. YB. Tuan Nga Kor Ming (Taiping) Minta MENTERI KEMAJUAN
LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah rancangan dan langkah
segera Kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar memandangkan
kebelakangan ini harga komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan sarang
burung walit masing-masing telah mengalami masalah:- kejatuhan harga yang ketara dan ini mendatangkan
kesan kepada ekonomi luar bandar.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies