Parliamentary Documents
https://pardocs.sinarproject.org
soalan-34.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-11-05-parliamentary-replies/soalan-34.pdf/view
Soalan 34. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan berapa kedudukan permohonan untuk
menyewa rumah pangsa/PPR DBKL dari pelbagai peringkat dan kategori
yang masih belum ditawarkan rumah, unit rumah yang siap dan sedang
dalam pembinaan serta kedudukan pembangunan semula di tapak-tapak
perumahan sedia ada.No publisherhousing2014/11/05 20:00:00 GMT+8Filesoalan-20&21.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-30-parliamentary-replies/soalan-20.pdf/view
Soalan 20. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi mengawal pergerakan
nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di
Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan
masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.
Soalan 21. Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa ramai penyewa di PPR
telah meninggal dunia namun kediaman tersebut masih dihuni oleh waris
dan apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan isu ini.No publisherfishermenhousingPPR2014/10/30 20:00:00 GMT+8Filesoalan-37,38&39.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-29-parliamentary-replies/soalan-37.pdf/view
Soalan 37. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT 1 minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan
jumlah pelaburan skim cepat kaya YSLM haram, status siasatan syarikat
CDTUP International Sdn Bhd yang mempunyai hubung kait dengan
YSLM. Mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak
ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan.
Soalan 38. Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani pembiayaan perumahan
yang ketat, kadar faedah yang tinggi, kuantiti pembinaan rendah, kenaikan
harga rumah yang melampau dan kemampuan untuk rakyat memiliki semakin
terhad serta masih berlaku secara meluas di negara ini.
Soalan 39. VB DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA
BATAS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memberikan
penerangan tentang sejauh mana penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan
(Akta 737) setakat ini. Apakah ianya mempunyai kesan positif kepada
industri perubatan di Malaysia.No publisherpyramid schemewhite collar crimeAMLTFAhousingloansloan ratesPR1MAPPA1M2014/10/29 20:00:00 GMT+8Filesoalan-42.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-28-parliamentary-replies/soalan-42.pdf/view
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah rancangan kementerian
untuk menyelesaikan masalah pampasan dan sewa perumahan PPR bagi
penduduk Kg. Railway. Bilakah penduduk ini akan mendapat surat
tawaran untuk membeli perumahan kos rendah yang akan dibina oleh
Sentul Raya Sdn. Bhd. pada harga RM42,000.00.No publisherhousing2014/10/29 20:00:00 GMT+8Filesoalan-19&20.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-28-parliamentary-replies/soalan-19.pdf/view
Soalan 19. Dato' Wira Othman bin Abdul (Pendang)
minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa
luas tanah terbiar yang telah dimajukan di
negeri Kedah mengikut daerah sepanjang
lima (5) tahun yang lalu. Apakah agensi-agensi yang terlibat.
Soalan 20. Y.B. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan jumlah peruntukan untuk projek Kejiranan lndah sejak 2012.
Senaraikan projek dan kosnya. Apakah cara untuk memohon bantuan ini.No publisherKedahhousing2014/10/29 20:00:00 GMT+8Filesoalan-53&54.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-16-parliamentary-replies/soalan-53.pdf/view
Soalan 53. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan sejauh manakah kewujudan gelandangan dikatakan
mengganggu persekitaran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya
utama negara dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh
Kerajaan pada tahun 2013 terhadap golongan peminta sedekah yang
dikhuatiri berpendapatan lumayan hampir setiap bulan dan apakah
tindakan terhadap mereka yang telah ditangkap.
Soalan 54. Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan apakah status dan perkembangan pembinaan
pangsapuri kos rendah di Taman Pelangi Parlimen Batu yang telah lebih
sepuluh (1 0) tahun melebihi jangka masa pembinaan.No publisherlow income citizenshousing2014/10/16 20:00:00 GMT+8Filesoalan-34&35.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-16-parliamentary-replies/soalan-34.pdf/view
Soalan 34. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilarigan Sekolah Wawasan yang
telah diwujudkan mengikut negeri dan sejauh manakah Sekolah
Wawasan ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk
mewujudkan sistem persekolahan berteraskan konsep perpaduan serta
adakah Kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi Sekolah
Wawasan sebagai usaha untuk mewujudkan integrasi nasional dan
melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Soalan 35. Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan sejauh manakah perancangan Kementerian untuk
melaksanakan pembangunan perumahan di tanah-tanah Kerajaan
di Parlimen Pengerang dengan harga terkawal serta menetapkan kuota
Bumiputera dimana langkah ini adalah penyelesaian kepada keperluan
perumahan yang mendesak akibat kemasukan tenaga pekerja yang tinggi.No publisherSekolah Wawasanhousing2014/10/16 20:00:00 GMT+8Filesoalan-15.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-16-parliamentary-replies/soalan-15.pdf/view
Y.B. TUAN KHOO SEANG [ TERBAU ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kesan syarat-syarat pinjaman perumahan yang
semakin ketat sehingga ramai bakal pembeli rumah tidak berjaya
mendapat pinjaman dari bank-bank. Apakah kesannya terhadap
usaha Kerajaan membantu rakyat jelata memiliki rumah masingmasing serta terhadap industri perumahan sendiri dan ekonomi
Negara amnya.No publisherhousingloan schemePR1MAstatistics2014/10/16 20:00:00 GMT+8Filesoalan-41&42.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-13-parliamentary-replies/soalan-41.pdf/view
Soalan 41. YB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang
disediakan oleh Kerajaan untuk Skim Rent - to - Own (RTO) bagi
projek PR1MA dan berapakah jumlah sasaran permohonan.
Soalan 42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah Pekerja Asing Tanpa lzin (PATI) yang memenuhi
pasaran pekerjaan dalam perladangan, perindustrian dan binaan;
dan
(b) adakah Kementerian berhasrat memberi permit kerja
sementara melalui majikan mereka supaya mudah mengesan
mereka dan menjana pendapatan negara.No publisherhousingPR1MAundocumented foreign workers2014/10/13 20:00:00 GMT+8Filesoalan-26&27.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-13-parliamentary-replies/soalan-26.pdf/view
Solan 26. YB Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk
mengurangkan kos rawatan di sektor swasta
Soalan 27. Y.B. DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR
BAHARU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN
DAN KERAJAAN menyatakan apakah puncanya dikatakan hampir 60%
kakitangan awam yang bergaji RM3,000 sebulan dan ke bawah tidak
memiliki rumah sendiri dan apakah laporan terkini Program 1 Juta Rumah
yang dicadang dibina oleh Kementerian pada tahun lepas.No publisherhealthcare costshousingPPA1M2014/10/13 20:00:00 GMT+8Filesoalan-28,29&30.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-11-03-parliamentary-replies/soalan-28.pdf/view
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta
Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan
(b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan
sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat.
Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan
program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas.
Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab
sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di
Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan
(b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk
menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan
sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak
berulang lagi.No publisherPrevention of Crime Acthousinglow income citizensSarawakfeldawildlifeFilesoalan-57.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-09-parliamentary-replies/soalan-57.pdf/view
VB. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ]
minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan apakah terdapat perancangan
dari pihak Kementerian untuk menggunakan rumah dari
bahan binaan IBS yang mengambil masa tiga ke tujuh
hari untuk disiapkan sebagai rumah bantuan /gantian
jika terjadi kebakaran atau kemusnahan rumah bagi
golongan miskin dan miskin tegar agar mereka tidak
perlu menunggu lama untuk bantuan rumah gantian dan
ia dapat didirikan semula di tapak asal rumah.No publisherhousingwelfareProgram Bantuan Rumah (PBR)Filesoalan-50&51.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-09-parliamentary-replies/soalan-50.pdf/view
Soalan 50. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan secara terperinci sebab mengapa cadangan
untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di Pulau
Pinang ditolak serta tarikh mula pembinaan sekolah baru bagi SJKT
Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Soalan 51. Y.B. USTAZ DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI
[ KUALA NERUS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR,
PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan
berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.
No publisherschoolsTamilPenanghousinglow income citizensFilesoalan-20&21.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-09-parliamentary-replies/soalan-20.pdf/view
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors'
pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan
b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa
MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan.
Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh
Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis
panduan bantuan kecemasan ini.No publisherMAScorporate restructuringtransportfirehousinglocal governmentJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)reliefwelfarefinancial aidfunds to MPsgovernment long-term aidMajlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG)Filesoalan-19.pdf
https://pardocs.sinarproject.org/documents/2014-october-november-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2014-10-09-parliamentary-replies/soalan-19.pdf/view
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara
Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25
mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji
pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan
menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna
yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman
perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh
kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.No publisherhousingloansloan rateslow income citizensBNMfinancial managementAKPKFile