File PDF document Soalan 24
Y.B. DATO• AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi membantu 6,000 pekerja MAS yang bakal diberhentikan melalui Pelan Penstrukturan Baru MAS. Adakah sebarang inisiatif dari Kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru atau inisiatif lain bagi menampung kos sara hidup mereka buat sementara waktu.
File PDF document soalan-21.pdf
Y.B. DATUK DR. HAJI ABD. LATIF BIN HAJI AHMAD [ MERSING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha atau strategi jangka pendek iaitu sebelum penstrukturan semula MAS untuk menarik minat penumpang menggunakan penerbangan MAS setelah terjejas akibat tragedi MH370 dan MH17 yang lalu.
File PDF document soalan-23.pdf
YB. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan yang diterima terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 selepas insiden MH 370 dan MH 17 berlaku dari segi kedatangan pelancong luar ke dalam negara.
File PDF document soalan-20.pdf
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati dalam dua tahun lalu serta bilangan tertuduh yang telah dihukum gantung tetapi masih menunggu hukuman itu dilaksanakan.
File PDF document soalan-19.pdf
Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTER DALAM NEGERI menyatakan :- (a) tindakan undang-undang yang diambil terhadap pertubuhan tidak berdaftar seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang; dan (b) tindakan undang-undang yang diambil terhadap kumpulan yang menghasut dan menyebarkan ceramah untuk memisahkan Sabah dari Malaysia.
File PDF document soalan-16.pdf
RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan masalah pukat tunda oleh nelayan dan perahu asing masih berterusan, apakah langkah-langkah tambahan diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan menghapuskan kegiatan ini.
File PDF document soalan-15.pdf
Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Pertubuhan NGOs atau organisasi yang didaftar dan tidak didaftar di negara ini. Adakah Kerajaan dapat mengesan aktiviti sebenar pertubuhan-pertubuhan ini dan adakah ianya dibenarkan di bawah undang-undang sedia ada.
File PDF document soalan-14.pdf
YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI {DUNGUN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau - Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.
File PDF document soalan-13.pdf
Y.B. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD [ LIPIS] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a. bilangan kes yang melibatkan kemasukan wang haram ke dalam Malaysia; dan b. pelan tindakan untuk memastikan kegiatan ini dapat dipantau sekali gus dihentikan.
File PDF document soalan-12.pdf
YB Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan farmasi di negara kita termasuk syarat-syarat yang ditetapkan. Apakah jenis pemantauan.