File PDF document soalan-41.pdf
Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pampasan yang diberikan kepada syarikat-syarikat ATES Sdn Bhd dan Bina Tegap Sdn Bhd kerana pembatalan penswastaan AES.
File PDF document soalan-37.pdf
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan samaada Kerajaan berniat untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan supaya tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara juga berhak untuk menjadi warga Malaysia.
File PDF document soalan-36.pdf
YB LAKSAMANA PERTAMA MOHAMAD IMRAN BIN ABO HAMID (LUMUT) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengapa prestasi Hospital Angkatan Tentera Lumut kian merosot di mana Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak dioperasikan kerana kekurangan stat, dan dimaklumkan pakar bius dan doktor pakar yang sangat terhad.
File PDF document soalan-35.pdf
YB TUAN R. SIVARASA (SUBANG) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Tentera Udara di Gong Kedak atau pengkalan lain, selepas menemui pesawat MH370 (atau satu pesawat yang tidak dikenali) masih terbang pada ketinggian 30,000 kaki pada jam 2.40 pagi 8 Mac 2014 dekat Pulau Perak dalam radar mereka, menghubungi Jabatan Penerangan Awam Malaysia (DCA) atau KLATCC, dan jika ada, pada jam berapa, dan apakah tindak balas daripada DCA atau KLATCC.
File PDF document soalan-34.pdf
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah keputusan, hasil penyiasatan atau rekomendasi Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry) mengenai pendatang asing di negeri Sabah akan dikeluarkan dan adakah Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan semua rekomendasi tersebut.
File PDF document soalan-33.pdf
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran terperinci semua laluan penerbangan yang telah dijalankan oleh pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA milik TUDM dari 1 hingga 15 Ogos 2014, tujuan penerbangan tersebut, senarai penumpang dan butiran kos secara terperinci untuk tempoh tersebut.
File PDF document soalan-30.pdf
YB DATO' HAJI MAHFUZ BIN OMAR (POKOK SENA) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah tarikh siap projek pembinaan Kompleks 7 Briged Kern Skudai Johor.
File PDF document soalan-29.pdf
Y.B. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tujuan Kerajaan menubuhkan lMalaysia Development Berhad (lMDB), kaedah digunakan untuk mengumpul dana, jumlah dana terkini, apakah pencapaian-pencapaiannya dan apakah perbezaan peranan di antara lMDB dengan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad.
File PDF document Soalan 28
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan bantuan yang telah dan akan dijalankan ke atas isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berdasarkan perincian Kementerian Dalam Negeri bahawa jumlah kanak-kanak tersebut mencecah 14 ribu dari tahun 2013 sehingga April 2014.
File PDF document soalan-27.pdf
Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak dan jenis-jenis kes pencemaran sungai dan sumber air yang diadukan oleh masyarakat dan berapa kejayaan Kementerian dalam mendakwa dan jenis hukuman yang dikenakan.