Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
20 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-14.pdf
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah rendah beraliran Bahasa Gina dan Sekolah-sekolah Menengah Jenis Bantuan di bahagian Sarikei dalam 5 tahun yang lepas. Kenapakah Kerajaan Pusat masih meminggirkan sekolah-sekolah rendah beraliran cina dari segi peruntukan pembangunan sekolah.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-10&11.pdf
Soalan 10. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan di luar negara terutamanya dalam kumpulan pejuang Islamic State; dan (b) apakah pandangan Kerajaan dan tindakan yang akan diambil terhadap golongan ini. Soalan 11. Y.B DATUK WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK (LUBOK ANTU) Minta KEMAJUAN MENTERI LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh Kementerian ke atas kontraktor yang telah gagal menyiapkan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang begitu lama tertangguh dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap kerajaan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-43.pdf
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah gejala judi haram serta pelacuran semakin buruk di kawasan Kuching serta kawasan/bandar di sekitar sehingga umpama tiada keberkesanan oleh pihak penguat kuasa. Adakah wujudnya elemen rasuah yang menjadi halangan terhadap keberkesanan dalam perlaksanaan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-23.pdf
Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan Jagoi, Bau. '
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka sebagai pelajar Pra Universiti. Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30 September 2014. Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut. Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan i (b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card. Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE) kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-49&50.pdf
Soalam 49. YB TUAN WILSON UGAK KUMBONG [ HULU RAJANG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan: a. sama ada Kerajaan bercadang untuk membesarkan fasiliti Hospital Kerajaan di Kapit untuk menampung jumlah pesakit yang kian meningkat; dan b. menangani kesesakan tempat letak kereta dan kekurangan wad di Hospital Umum Kuching. Soalam 50. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan wang rasuah melebihi RM1 juta.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-28.pdf
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak pembentukan Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-11.pdf
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah terdapat rancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di Sabah dan Sarawak bagi menangani masalah keciciran di kalangan pelajar di kawasan luar bandar.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-32.pdf
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk membolehkan kajian semula mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (yang sepatutnya dibuat setiap 10 tahun bermula pada 1973) dengan 18 & 20 Perkara pada tahun ini; dan (b) dan jika ya, adakah keputusan jawatankuasa ini akan diguna-pakai untuk mengemas kini dan membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-07 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-15.pdf
YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI menyatakan : (a) adakah pihak kerajaan mempunyai pelan perancangan terperinci berkenaan untuk sistem pengangkutan awam bagi bandaraya-bandaraya utama seluruh Malaysia termasuk Wilayah Sarawak; dan (b) adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem bas rapid seperti Rapid Kuantan dan Rapid Penang untuk Sarawak.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-07 Parliamentary Replies