-
soalan-10.pdf
-
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan
keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu
mengikut jadual.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-14.pdf
-
YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI {DUNGUN) minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau - Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors'
pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan
b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa
MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan.
Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh
Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis
panduan bantuan kecemasan ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-23&24.pdf
-
Soalan 23. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai penumpang VIP dalam pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos 2014 untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia serta tujuan penerbangan tersebut dan butiran penerbangan tersebut kos secara terperinci untuk keseluruhan penerbangan tersebut.
Soalan 24. TUAN GOOI HSIO-LEUNG [ ALOR SETAR] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan status siasatan Kerajaan ke dalam
kemalangan MH17, iaitu sama ada pelaku yang menembak jatuh
pesawat itu telah dikenal pasti, dan apakah tindakan undang-undang
yang boleh diambil terhadap pelaku.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-25.pdf
-
VB. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAC (SHAH ALAM) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-26&27.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi
Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas
Butterworth.
Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17,
apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut
keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan
perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan
Malaysia Airlines.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-28,29&30.pdf
-
Soalan 28. YB Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah hospital yang dalam urusan
pengoperasian mereka mengamalkan tuntutan syari'e (syariah
compliance) mengikut pecahan negeri di seluruh negara.
Soalan 29. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah wujud badan yang berfungsi untuk
mengawal selia sekolah memandu di seluruh Malaysia. Jika tiada, adakah
Kementerian bercadang untuk mewujudkannya.
Soalan 30. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kekosongan jawatan dalam PDRM setiap
tahun dari 2008 hingga kini di setiap negeri dan di Sibu dan apakah cara
yang telah diambil untuk mengatasi masalah kekosongan tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-30&31.pdf
-
Soalan 30. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM
dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan rasuah wang kurang
daripada RM1 000.
Soalan 31. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan tentang langkah kerajaan dalam
mengawal taktik penipuan (Hidden Agenda} yang dikenakan
terhadap penumpang kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan
Awam di Negara ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-31.pdf
-
YB. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI (SIPITANG) minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan kemajuan terkini Projek PanBorneo menghubungkan Sabah dan Sarawak dan apakah masalah dihadapi yang menyebabkan pelaksanaannya dilihat begitu perlahan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-32&33.pdf
-
Soalan 32. Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PERMATANG PAUH ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus
dengan lebih cekap; dan
b) adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji fuel ancj__2il expenditure
yang menyumbang 36% kepada jumlah perbelanjaan MAS, dan apakah
jaminan kepentingan pekerja MAS dilindungi.
Soalan 33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan
dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang
diambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan
lain.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies