Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
9 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-19&20&21.pdf
Soalan 19. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan SK Tanjong baru untuk menggantikan sekolah yang sedia ada kerana kesan hakisan oleh Sungai Limbang yang semakin teruk. Soalan 20. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan kerajaan pusat bersedia membelanjakan RM2 bilion membina lapangan terbang di Sidam, Kedah tetapi pada masa sama tidak rela menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Adakah projek baru di Sidam akan menjadi projek gajah putih sebagaimana Lapangan Terbang Melaka bernilai RM250 juta. Soalan 21. Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan adakah dana Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia bagi menyelenggarakan dan membaik pulih rumah kos rendah akan diperluaskan kepada pemohon di seluruh negara khususnya di negeri Kedah.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-10 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20.pdf
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-23&24.pdf
Soalan 23. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penumpang VIP dalam pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos 2014 untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia serta tujuan penerbangan tersebut dan butiran penerbangan tersebut kos secara terperinci untuk keseluruhan penerbangan tersebut. Soalan 24. TUAN GOOI HSIO-LEUNG [ ALOR SETAR] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status siasatan Kerajaan ke dalam kemalangan MH17, iaitu sama ada pelaku yang menembak jatuh pesawat itu telah dikenal pasti, dan apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-07 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-29.pdf
Y.B. TAN SRI DATo• SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan yang akan diberi oleh Kerajaan bahawa penggunaan dana awam bernilai RM6 bilion dalam Pelan Pemulihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan dibentangkan secara terperinci da:am Parlimen serta akan membuahkan hasil seperti yang dijanjikan menjelang 2017 tanpa perlu suntikan dana baharu dan bukannya .. bailout" yang hanya menguntungkan kroni.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-07 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-30&31.pdf
Soalan 30. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan rasuah wang kurang daripada RM1 000. Soalan 31. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang langkah kerajaan dalam mengawal taktik penipuan (Hidden Agenda} yang dikenakan terhadap penumpang kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan Awam di Negara ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-32&33.pdf
Soalan 32. Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PERMATANG PAUH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus dengan lebih cekap; dan b) adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji fuel ancj__2il expenditure yang menyumbang 36% kepada jumlah perbelanjaan MAS, dan apakah jaminan kepentingan pekerja MAS dilindungi. Soalan 33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang diambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan lain.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-33.pdf
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-35.pdf
YB TUAN R. SIVARASA (SUBANG) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Tentera Udara di Gong Kedak atau pengkalan lain, selepas menemui pesawat MH370 (atau satu pesawat yang tidak dikenali) masih terbang pada ketinggian 30,000 kaki pada jam 2.40 pagi 8 Mac 2014 dekat Pulau Perak dalam radar mereka, menghubungi Jabatan Penerangan Awam Malaysia (DCA) atau KLATCC, dan jika ada, pada jam berapa, dan apakah tindak balas daripada DCA atau KLATCC.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-52&53.pdf
Soalan 52. YB Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- a. adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kilang pengusaha minyak masak tempatan memandangkan isu minyak kitar semula diguna untuk memproses minyak masak semakin hangat di luar negara; dan b. apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan jaminan kualiti keselamatan minyak masak di pasaran. Soalan 53. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih menggunakan "Offline Interpol Data System" yang lama serta bilakah Kementerian akan menaik tarat sistem tersebut kepada pangkalan data "lnterpols Stolen & Lost Travel Documents (STLD)" bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan penerbangan di Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-30 Parliamentary Replies