Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
85 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-22.pdf
Dato Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan: (a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan (b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung kontrak perkhidmatannya.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-28 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-29.pdf
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pelan tindakan yang telah dirangka untuk memastikan sasaran melahirkan 50% tenaga kerja mahir menjelang 2020 dapat dicapai.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-28 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-17.pdf
Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan unit dan peratus skim amanah saham di bawah PNB mengikut kaum pada akhir tahun 1990, 2000, 2008, 2010 dan 2013 serta bilangan dan peratus syarikat yang PNB mempunyai kawalan pengurusan (management control).
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-19.pdf
YB. lr. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan program Pengalaman Homestay Malaysia di Wilayah Utara, berapakah jumlah pelancong yang telah mengikuti program ini dan perancangan masa hadapan Kementerian untuk terus memajukan industri inap desa khususnya di Wilayah Utara.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-27,28&29.pdf
Soalan 27. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan:- (a) sejauh manakah penglibatan belia Sarawak terhadap program belia yang diperkenalkan oleh Kementerian untuk pembangunan belia berkenaan; dan (b) adakah dana-dana pembangunan belia seperti Dana Belia 1MOB disertai oleh belia Sarawak dan berapakah jumlah penyertaan memuaskan. Soalan 28. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- a) apakah kesimpulan yang diperoleh daripada laporan siasatan kemalangan kapal terbang yang terhempas pada 6hb Jun 1976 di mana pemimpin-pemimpin utama Kerajaan Sabah seperti Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun, dan lain terbunuh; dan b) sama ada laporan siasatan itu boleh diperoleh oleh awam Soalan 29. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kementerian dalam menentukan keselamatan tahanan polis daripada menjadi mangsa penderaan dan seksaan semasa dalam tahanan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-31.pdf
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus danpada 12,7 juta pekerja di negara ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-41.pdf
YB Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peruntukan untuk projek-projek pembasmian denggi yang disalurkan kepada setiap negeri dari tahun 2013 sehingga September 2014 memandangkan kes denggi yang semakin serius.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-43.pdf
Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai yang telah didakwa di bawah Akta SOSMA semenjak ianya dikuatkuasakan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk menguatkuasakannya.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-46.pdf
Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) jumlah guru sekolah rendah dan sekolah menengah tetap (mengikut pecahan setiap negeri), dan juga guru sementara dalam negara ini (mengikut pecahan setiap negeri) dengan mengikut kategori jenis aliran sekolah dan juga subjek pengajaran; dan (b) bilangan jawatan kosong guru di sekolah yang masih belum diisi, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mengikut pecahan setiap negeri dan langkah- langkah Kerajaan untuk menangani masalah ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-11.pdf
TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan sehingga kini oleh Kementerian dalam program mengawal kenaikan harga barang serta masih ada lagi program- program yang belum dijalankan, dan jika ada mengapa ia belum dilaksanakan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-30 Parliamentary Replies