-
soalan-60&61.pdf
-
Soalan 60. Y.B. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [ SIPITANG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan tindakan diambil untuk
membanteras kegiatan penyeludupan yang banyak dilaporkan, sehingga
menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan.
Soalan 61. DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk
menyelesaikan masalah takungan air di tapak landasan dan
hentian pesawat-pesawat- Laparlgan Terbang Kuala Lumpur 2
(KLIA2) yang berkemungkinan membawa bahaya; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik
taraf atau melebarkan laluan pejalan kaki di sepanjang balai
berlepas KLIA2 memandangkan selalu menyebabkan kesesakan
kepada para pengguna dan adakah ia menepati piawaian pihak
Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-52&53.pdf
-
Soalan 52. YB Tuan Wan Hasan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah dan faedah kepada rakyat Terengganu
daripada projek kereta api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April
2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan
Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun.
Soalan 53. Dato' Sri Azalina binti Oato' Othman Said [ Pengerang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian
bercadang untuk mewujudkan Central Security Command Centre di
Parlimen Pengerang untuk menyelaras isu-isu keselamatan
memandangkan pembangunan pesat di kawasan tersebut turut
melibatkan peningkatan populasi penduduk yang ketara serta
pelbagai isu keselamatan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-44,45&46.pdf
-
Soalan 45. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan caj permit kemasukan
kenderaan asing (VEP) di pintu masuk sempadan Johor-Singapura dan
kadar caj VEP yang akan diguna pakai serta berapakah nisbah
keuntungan VEP yang bakal dikongsi oleh Persekutuan dan Negeri
Soalan 46. Tan Sri Dato Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan kemajuan terkini
bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman
tertangguh begitu lama:-
a) adakah pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman telah
dimasukkan ke dalam Mid Term Review (Kajian Separuh Penggal)
RMK 10 atau sebaliknya; dan
b) sekurang-kurangnya projek ini diberikan peruntukkan asas di dalam
RMK 11.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-26&27.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi
Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas
Butterworth.
Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17,
apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut
keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan
perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan
Malaysia Airlines.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors'
pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan
b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa
MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan.
Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh
Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis
panduan bantuan kecemasan ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-10.pdf
-
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan
keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu
mengikut jadual.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-33.pdf
-
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk
membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau
ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya
perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa
terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-41.pdf
-
Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah pampasan yang diberikan kepada syarikat-syarikat
ATES Sdn Bhd dan Bina Tegap Sdn Bhd kerana pembatalan penswastaan
AES.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-14.pdf
-
YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI {DUNGUN) minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau - Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-50,51&52.pdf
-
Soalan 50. VB Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baru ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah diambil
Kementerian dalam mengatasi masalah infrastruktur di Hospital Kulim
terutamanya yang terpaksa menampung peningkatan pesakit sebanyak
5% setiap tahun.
Soalan 51. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah faktor yang menyebabkan
kehilangan MH370 sukar dikesan hingga kini walaupun usaha
pelbagai pihak telah dijalankan semaksimum mungkin.
Soalan 52. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah keputusan yang tercapai dalam bengkel (workshop)
pada bulan Jun berkenaan dengan peraturan kereta cermin gelap. Bilakah
Kementerian akan melaksanakan peraturan terbaru ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies