Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
20 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-28,29&30.pdf
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan (b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat. Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas. Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan (b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang lagi.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-03 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-42.pdf
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada orang ramai. Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian. Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun 2013.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-31.pdf
Soalan 31. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA MENTERI menyatakan seiring dengan pembinaan penjara di Labuan, adakah Kerajaan akan memusatkan (centralise) badan kehakiman di bawah pentabiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang berpusat di Labuan untuk mendengar kes-kes sama ada sivil ataupun jenayah yang berdekatan dengan Kawasan Labuan seperti Beaufort dan sesetengah kawasan di Sarawak.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2015-10-19 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20.pdf
Soalan 20. YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang Sibuti minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini Program Perumahan PR1MA di Sarawak, adakah Projek PR1MA akan dilaksanakan di Sarawak bermula 2016 dan adakah lokasi telah dikenalpasti di kawasan utara Sarawak seperti Bandar Raya Miri.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2015-10-19 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-41.pdf
DATUK AARON AGO ANAK DAGANG [ KANOWIT ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa beberapa jenis subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat di luar bandar tidak sampai ke sasarannya, terutamanya subsidi pengangkutan di bawah program pelarasan harga barang keperluan untuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Apakah tindakan Kerajaan dalam hal lnl.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-30 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-35.pdf
YB Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis yang ditugaskan di daerah Sarikei dan daerah Meradong pada masa sekarang. Adakah jumlah itu mencukupi untuk memastikan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-27,28&29.pdf
Soalan 27. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan:- (a) sejauh manakah penglibatan belia Sarawak terhadap program belia yang diperkenalkan oleh Kementerian untuk pembangunan belia berkenaan; dan (b) adakah dana-dana pembangunan belia seperti Dana Belia 1MOB disertai oleh belia Sarawak dan berapakah jumlah penyertaan memuaskan. Soalan 28. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- a) apakah kesimpulan yang diperoleh daripada laporan siasatan kemalangan kapal terbang yang terhempas pada 6hb Jun 1976 di mana pemimpin-pemimpin utama Kerajaan Sabah seperti Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun, dan lain terbunuh; dan b) sama ada laporan siasatan itu boleh diperoleh oleh awam Soalan 29. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kementerian dalam menentukan keselamatan tahanan polis daripada menjadi mangsa penderaan dan seksaan semasa dalam tahanan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-12.pdf
YB Tuan Julian Tan Kok ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan serta servis di Hospital Umum Kuching Sarawak, serta peralatan dan servis yang mereka bekalkan. Senaraikan jumlah pembelian ataupun pembayaran kepada syarikat yang disenaraikan dari tahun 2000 sehingga sekarang.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-49&50.pdf
Soalan 49. YB DATO HASBULLAH BIN OSMAN [ GERIK] minta PERDANA MENTERI menyatakan kaedah pengagihan zakat kepada golongan layak di mana kini terdapat kaedah dan proses pengutipan zakat memudahkan rakyat. Namun untuk menyerahkan zakat adalah sukar dan ini seolah-olah zakat gagal menjadi agen membantu rakyat. Soalan 50. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status permohonan rakyat khasnya daerah Lawas Sarawak dan Sipitang Sabah terhadap perhubungan udara terpenting iaitu sebuah Lapangan Terbang baru yang akan diguna pakai oleh penduduk-penduduk kedua-dua kawasan tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-28 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-37.pdf
YB. Tan Sri Dato' Sri William Mawan lkom [SARATOK] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pelan atau perancangan kontigensi Kementerian menjamin penduduk luar bandar mendapat bekalan air bersih berterusan yang diperlukan penduduk khususnya pada musim kemarau yang panjang memandangkan Parlimen Saratok antara kawasan terdedah kepada masalah ketiadaan bekalan air bersih yang berlarutan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies