-
Soalan 26
-
YB Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan-perancangan yang
sedang dan akan dilaksanakan oleh membasmi kemiskinan di Terengganu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2015-05-19 Parliamentary Replies
-
soalan-14.pdf
-
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
samaada Kementerian bersedia merangka dasar khususnya bagi menangani masalah warga miskin kota dan tidak
berumah I gelandangan, memandangkan masalah tersebut masih belum lagi tersentuh dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara, Dasar Warga
Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara).
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-36.pdf
-
TAN SRI DATO SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah pelan tindakan yang dirangka oleh Kerajaan untuk merapatkan
jurang kayamiskin atau ketaksamaan ekonomi antara yang paling teruk di Asia
Pasifik, dalam bentuk pekali Gini atau jurang bahagian pendapatan
"income earners" antara 20°/o teratas dan terbawah, meskipun Malaysia
menjadi negara maju, berpendapatan tinggi dari segi GNI perkapita
menjelang 2020.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-13&14.pdf
-
Soalan 13. Datuk MadiusTangau [Tuaran] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan
kepada Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan apabila dilaksanakan
nyatakan agihan kepada setiap negeri sejak AIM ditubuhkan serta
keberkesanannya dalam pembasmian kemiskinan.
Soalan 14. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada usaha TalentCorp yang
dilancarkan pada tahun 2011 telahpun berjaya dan sekiranya tidak,
nyatakan alasan-alasannya.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-42&43.pdf
-
Soalan 42. TAN SRI DATO' SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN
RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan
sedar bahawa kadar kemiskinan sebenar Malaysia sekiranya definisi
kemiskinan disemak mengikut penanda aras OECD (The Organisation
for Economic Co-Operation and Development) dan kesatuan Eropah
iaitu pendapatan garis kemiskinan ditakrifkan sebagai 60°/o daripada
pendapatan isi rumah bulanan median. Apakah langkah susulan diambil
oleh Kerajaan mengenai perkara tersebut.
Soalan 43. YB. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN (PENGKALAN CHEPA) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan sedar bahawa Pantai Cahaya Bulan telah
pun diiktiraf sebagai lokasi pelancongan pilihan rakyat
tempatan dan luar negara; dan
(b) bagaimanakah perkembangan rancangan menaik taraf dan
melebarkan jalan raya dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-04 Parliamentary Replies
-
Soalan 28
-
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik terperinci dan jumlah terkini miskin bandar
dalam kalangan belia di negara ini kerana masih terdapat jurang
pendapatan yang tinggi di kalangan belia yang bekerja di kawasan bandar.
Located in
Documents
/
2014 October-November Parliamentary Session
/
Written Questions (Soalan Bertulis)