Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Documents / 2014 October-November Parliamentary Session / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies

2014-10-14 Parliamentary Replies

File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-8.pdf
YB. TUAN R. SIVARASA [ SUBANG] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula dasar yang memberi kuota Feed-in-Tariff yang besar dan untung lumayan kepada pelabur besar dan tidak mengutamakan pelabur individu dalam penggunaan Renewable Energy Fund yang dikendalikan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia.
File PDF document soalan-10.pdf
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.
File PDF document soalan-9.pdf
Y. B. TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
File PDF document soalan-11.pdf
YB Dato' Henry Sum Agong [ Lawas] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Klinik 1Malaysia diadakan di Lawas?
File PDF document soalan-12.pdf
Y.B. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) sama ada Kementerian mengambil perhatian terhadap situasi di mana bilangan pelajar imigran melebihi pelajar tempatan di sesetengah sekolah di Sabah, contohnya di SK Pekan Kinarut, Papar; dan (b) berikan statistik atau data. berkenaan. dan apakah langkah bagi menangani keadaan sebegini.
File PDF document soalan-14.pdf
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN-PAS] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah ada garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai pertandingan.
File PDF document soalan-13.pdf
DATUK JUSLIE BIN AJIROL [LIBARAN] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan faktor Malaysia tersenarai dalam 20 negara paling berdaya saing dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia pada 3 September 2014.
File PDF document soalan-15.pdf
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang wujudnya bahan gal ian seperti em as, perak, timah atau uranium yang ada di Malaysia. Sila sebutkan penemuan terbaru untuk bahan-bahan galian berkenaan dan di negeri manakah yang ditemui. Apakah prospek bagi menjana pendapatan kerajaan terhadap bahan-bahan galian tersebut untuk jangka pendek dan jangka panjang.
File PDF document soalan-16.pdf
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal pada awal kemerdekaan negara telah memenuhi matlamatnya. Oleh kerana negara telah membangun dan kehidupan rctkyat telah berubah, bersediakah Kementerian mengkaji semula Sistem Pendidikan Negara agar jika dahulunya kita mahu melahirkan insan yang berilmu dan berkemahiran, kini kita mahu lahirkan insan 'Berilmu, Beriman dan Berakhlak'
File PDF document soalan-19.pdf
Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status keselamatan, sosial dan ekonomi negara setakat ini dan dengan itu adakah negara kita dapat mencapai status negara maju sebelum atau menjelang Tahun 2020.
File PDF document soalan-17&18.pdf
Soalan 17. YB TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS [ ROMPIN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan: (a) usaha-usaha yang diambil oleh pihak Koridor Wilayah Timur (ECER) dalam menarik pelaburan luar ke kawasan Rompin dalam bidang perindustrian untuk memberi peluang pekerjaan dan menjana ekonomi setempat; dan (b) memaklum projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di dalam kawasan Parlimen Rompin di bawah ECER. Soalan 18. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.
File PDF document soalan-21.pdf
YB. TUAN KHOO SOO SEANG (TEBRAU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah anggaran kutipan tahunan di CIQ Johor Bahru. Adakah ia mencukupi untuk menampung bayaran kepada pihak konsesi yang membina Eastern Dispersal Link (EDL) serta impaknya terhadap ekonomi negeri Johor dan negara secara jangka pendek dan panjang.
File PDF document soalan-20.pdf
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
File PDF document soalan-22.pdf
YB DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan SPAD untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Daerah Manjung, Perak yang sekarang perkhidmatan bas awamnya beroperasi tidak mengikut jadual dan tidak memberikan khidmat ke banyak lokasi dalam Daerah Manjung.
File PDF document soalan-23.pdf
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi bagi meningkatkan ranking universiti awam di Malaysia dan apa pula langkah bagi memantau kualiti kolej dan universiti swasta di Malaysia.
File PDF document soalan-24.pdf
YB Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di Negara kita.
File PDF document soalan-25.pdf
DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR BAHARU - BN ] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan sejak belakangan ini, banyak persatuan sukan di Malaysia telah berlaku pergolakan dalaman sehingga menjejaskan persediaan atlet. Apakah sebab insiden ini berlaku dan nyatakan tindakan susulan Kementerian dalam membendung masalah ini.
File PDF document soalan-26&27.pdf
Soalan 26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran llmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014. Sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah. Soalan 27. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang diambil untuk memastikan tiada warga asing menggunakan dokumen pengenalan palsu, menjadi pengawal keselamatan sedemikian berlaku sebelum ini.
File PDF document soalan-28.pdf
DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan barubaru ini.
File PDF document soalan-29.pdf
Soalan 29. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan keharmonian antara kaum berikutan lebih 30 kes melibatkan isu sensitif perkauman telah dilaporkan dalam tahun ini. Soalan 30. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah kes pencerobohan 15 individu ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 21 .5.2014 yang memalukan negara tidak didakwa di bawah Seksyen 121 B dan 1248 Kanun Keseksaan agar ia menghantar mesej bahawa sesiapa sahaja tidak boleh sewenang- wenangnya mempermainkan institusi perundangan untuk tujuan politik.
File PDF document soalan-32.pdf
Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan harta tanah yang dimiliki oleh warga asing dengan pecahan rumah pangsa, rumah kondominium, pangsapurai, ladang , tanah kosong mengikut setiap negeri dari 2005 hingga 2014.
File PDF document soalan-33.pdf
lr. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan: (a) adakah Kementerian ini ada menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kursus yang di tawarkan di IPTA/IPTS bersesuaian dengan kehendak pasaran bagi mengelakkan masalah lambakan graduan yang tidak memenuhi permintaan dan pasaran pekerjaan; dan (b) berapakah jumlah graduan ijazah kelas pertama yang masih belum berjaya mendapat peluang pekerjaan enam bulan dari tempoh konvokesyen.
File PDF document soalan-36.pdf
Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Peguam Negara sejak bulan Ogos lalu telah membuat keputusan mendakwa secara memilih (selective prosecution) terhadap orang yang didakwa atas Akta Hasutan.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian dalam tahanan Polis yang telah berlaku sehingga hari ini. Jelaskan kenapa langkah-langkah yang diambil oleh pihak polis untuk menghalang kematian dalam tahanan polis daripada berlaku adalah tidak berkesan. Soalan 35. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.
File PDF document soalan-37.pdf
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci berhubung insiden peletakan jawatan pengasas dan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Umcedel) Prof Datuk Redzuan Othman.
File PDF document soalan-38.pdf
Dato' Mansor bin Othman minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah bilangan keseluruhan kakitangan yang berkhidmat dengan TEKUN Nasional kini dan berapakah jumlah kos setiap bulan bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen kepada kakitangan TEKUN.
File PDF document soalan-39.pdf
YB. TUAN JULIAN TAN KOK PING [ STAMPIN ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keberkesanan SEDA ACT 46 dalam membanteras pencurian kabel di Sarawak setelah ianya diterima pakai di Sarawak pada 2 April 2014.
File PDF document soalan-40.pdf
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci tentang rancangan penstrukturan semula Syarikat Penerbangan MAS. Apakah penstrukturan semula ini akan menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang kini dikendalikan oleh MAS Wing yang kurang menguntungkan.
File PDF document soalan-41.pdf
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan "buffer stock" beras negara.
File PDF document soalan-42.pdf
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada orang ramai. Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian. Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun 2013.
File PDF document soalan-45.pdf
Tuan Sim Tong Him [ Kota l\llelaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan : (a) nama-nama sepuluh sekolah yang tertua di negara kita dan adakah kesemua ·sepuluh sekolah tersebut telah diwartakan sebagai kekal kedudukannya; dan (b) apakah keputusan tentang cadangan perpindahan SM Tinggi Melaka, Bandar Hilir Melak~ ( MEB 2090 ) ke tapak baru dan bilakah permohorian perpindahan ~ekolah ini dikemukakan dan oleh pihak mana.
File PDF document soalan-46.pdf
Datuk Rozman bin lsli [ labuan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah keberkesanan program yang dipertanggungjawab kepada agensi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dalam usaha memperkukuhkan dan menaik taraf Pelan Pembangunan Modal lnsan Nasional yang boleh diguna pakai untuk menganjakkan daya saing sumber manusia di Malaysia, setaraf dengan penyediaan latihan pengurusan dan pembangunan sumber manusia negara maju seperti Society of Human Resources Management (SHRM) di Amerika Syarikat dan Chartered Institute of Personal Development (CIPD) di United Kingdom.
File PDF document soalan-47.pdf
YB TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara teliti (pecahan dalam peratusan) penggunaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak RM1.7 bilion yang diminta oleh s arikat PROTON dan sama ada Kerajaan akan meluluskan dana tersebut.
File PDF document soalan-48.pdf
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) meluluskan peruntukan undang-undang berserta kewangan untuk diwujudkan sistem Kabinet Bayangan; dan (b) mewujudkan sesi soal jawab Parlimen mingguan oleh Perdana Menteri.
File PDF document soalan-49.pdf
YB Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bilangan individu yang berjaya mendapat anugerah gelaran "Data', Datuk, Data' Paduka, Data' Seri, Tan Sri dan Tun mengikut nama negeri-negeri, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan sehingga kini.
File PDF document soalan-50.pdf
YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan kembali peruntukan pembinaan Hospital Besar Padang Besar yang ditangguhkan dahulu setelah kelulusan tanah dibuat.
File PDF document soalan-51.pdf
Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadang untuk dimansuhkan.
File PDF document soalan-52.pdf
YB. TUAN ANUAR BIN ABO. MANAP (SEKIJANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) apakah status Projek Perlebaran Tangkak - Segamat setakat ini; dan (b) adakah Kerajaan bercadang mempercepatkan Fasa 1A projek ini kerana ia melibatkan kawasan sekitar Bandar Segamat.
File PDF document soalan-53.pdf
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan permohonan visa sekurang - kurangnya bagi negara - negara Komanwel tertentu di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terpilih di negara ini
File PDF document soalan-55.pdf
VB DATUK MADIUS TANGAU (TUARAN) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap negeri bermula 1965 hingga sekarang untuk menyediakan kemudahan asas; jalan luar bandar; bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar mengikut tahun.
File PDF document soalan-54.pdf
Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada pekerja binaan serta nyatakan tindakan Kementerian ke atas kontraktor MRT yang terlibat dalam kejadian runtuhan kontrik pada 19 Ogos 2014.
File PDF document soalan-56.pdf
YB DATUK HAJAH NORAH BINTI ABO RAHMAN [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah terdapat kajian peringkat Kementerian untuk menaikkan harga rokok sebanyak 100%> sebagai langkah mengurangkan masalah merokok berbanding dengan perbelanjaan kempen iklan seperti 'Tak Nak Merokok' yang hanya dilihat menguntungkan syarikat pengiklanan sahaja dan sejauh manakah kempen anti merokok Kementerian berjaya mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat setakat ini.
File PDF document Soalan 57
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd. yang mempunyai pinjaman dijamin Kerajaan sebanyak RM4 bilion masih belum memfailkan penyata kewangan untuk 31 Mac 2013. Di mana perginya pinjaman tersebut dan mengapa syarikat ini diambil-alih oleh Kementerian pada tahun 2013.
File PDF document soalan-58.pdf
Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan SMK Agama Jerlun di Padang Sera yang telah diluluskan namun tiada perkembangan fizikal sehingga kini.
File PDF document soalan-59.pdf
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan melihat slogan 1Malaysia ini sebagai gagal.